Saturday, May 16, 2009
ZIARAH IBU TUNGGAL
Sunday, April 26, 2009
Thursday, April 16, 2009
Persiapan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring
Pasti Kawasan Serdang akan menganjurkan kejohanan bola sepak dan bola jaring untuk pasti-pasti di dalam kawasan Serdang pada 26 April 2009 masa 7.30pagi hingga 1.00 tengahari. Pemilihan tempat adalah di Padang di sebelah Macdonald PKNS besebelahan tasik Cempaka (tak confirm lagi setakat hari ini). Pasti As-syakirin Kajang Utama telahpun membuat persiapan awal dengan mengadakan beberapa sesi latihan bermula 2 minggu yang lepas. Jurulatih pasukan untuk team bola sepak, Mohamad Sobri akan membuat pemilihan 10 pemain terbaik untuk mewakili pasti ini ke kejohanan tersebut. Bagi bola jaring pula jurulatih pasukan ialah guru sendiri, Puan Hairulmizazi.


Thursday, November 27, 2008
Hari Kecemerlangan PASTI 2008
Hari Kecemerlangan Pasti 2008 telah diadakan pada 13 November 2008 bertempat di Pasti bertujuan meraikan serta memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Disini juga pihak pasti menganugerahkan sijil tamat persekolahan bagi pelajar 5 tahun dan juga pelajar 6 tahun kerana telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di pasti ini.
Adik Fathan Mumtaz Yunadi bin Rizal Munadi dianugerahkan Anugerah Khas Kecemerlangan kerana telah berjaya menaikkan nama Pasti dengan mendapat tempat pertama (1) 5 tahun dalam peperiksaan setara seluruh pasti kawasan Serdang dan tempat ke Empat(4) peringkat Negeri Selangor.
Monday, November 24, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Lawatan ke Pusat Sains Negara
Pasti As-syakirin Kajang Utama akan mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara pada 06 Nov 2008 (Khamis).

Perhatian, untuk tindakan Ibubapa:
1. Memastikan pelajar memakai uniform dan berkasut.
2. Pelajar tidak menbawa duit, makanan dan bag.
3. Datang seawal 7.30 pagi (dijangka bertolak 8.00pg dan pulang 1.00 ptg)
4. Memaklumkan kepada guru, bagi ibubapa yang tidak dapat menjemput anak selepas pulang.
Maklumat lanjut mengenai PSN, lawati laman ini,
Subscribe to:
Posts (Atom)



