Wednesday, July 23, 2008

Sukaneka Pasti 2008

Sukaneka Pasti 2008, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 20Julai2008 lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Adram Musa, Timbalan ketua pemuda pas Serdang merangkap Exco Pemuda Pas Pusat. Telah empat tahun berturut-turut, sukaneka ini dilaksanakan secara bersama antara pasti As-Syakirin Kajang Utama dengan pasti Ar-Raudhah Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Sukaneka ini melibatkan seramai 128 pelajar, 66 pelajar daripada pasti As-Syakirin dan 62 pelajar daripada pasti Ar-Raudhah. Pengarah program, sdr Azman melahirkan rasa shukur kepada Allah swt kerana dilberikan keadaan cuaca yang amat baik dan program berjalan lancar. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat menjayakan sukaneka tersebut. Semoga sumbangan keringat dan buah fikir yang telah diberikan mendapat ganjaran pahala oleh Allah swt kelak. Sekian.

Gambar-gambar Sukaneka pasti 2008

Monday, July 7, 2008

PELAJAR PASTI 2008

PELAJAR 6 TAHUN

PELAJAR 5 TAHUN