Thursday, November 27, 2008

Hari Kecemerlangan PASTI 2008

Hari Kecemerlangan Pasti 2008 telah diadakan pada 13 November 2008 bertempat di Pasti bertujuan meraikan serta memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Disini juga pihak pasti menganugerahkan sijil tamat persekolahan bagi pelajar 5 tahun dan juga pelajar 6 tahun kerana telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di pasti ini.

Adik Fathan Mumtaz Yunadi bin Rizal Munadi dianugerahkan Anugerah Khas Kecemerlangan kerana telah berjaya menaikkan nama Pasti dengan mendapat tempat pertama (1) 5 tahun dalam peperiksaan setara seluruh pasti kawasan Serdang dan tempat ke Empat(4) peringkat Negeri Selangor.
Ibubapa yang hadir bagi memeriahkan suasana Hari Kecemerlangan. Sambutan Ibubapa dalam program ini amat baik sekali.

Tuesday, November 4, 2008

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Pasti As-syakirin Kajang Utama akan mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara pada 06 Nov 2008 (Khamis).

Perhatian, untuk tindakan Ibubapa:
1. Memastikan pelajar memakai uniform dan berkasut.
2. Pelajar tidak menbawa duit, makanan dan bag.
3. Datang seawal 7.30 pagi (dijangka bertolak 8.00pg dan pulang 1.00 ptg)
4. Memaklumkan kepada guru, bagi ibubapa yang tidak dapat menjemput anak selepas pulang.

Maklumat lanjut mengenai PSN, lawati laman ini,

Monday, September 1, 2008

Sambutan Kemerdekaan PAS Kawasan Serdang

Pertandingan Mewarna dan Melukis
Alumni PASTI As-Syakirin Kajang Utama meyertai pertandingan melukis.

Pelajar pasti as-syakirin dari kiri, Iman Fahim, Amirul Azrai(baju merah) dan adiknya menyertai pertandingan mewarna.

Tuesday, August 26, 2008

CUTI GANTI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2008

Kepada:
Semua Ibubapa Pelajar Pasti As-Syakirin Kajang Utama

Dimaklumkan bahawa 1hb September (Isnin) adalah cuti ganti semperna Hari Kemerdekaan yang ke-51, 31hb Ogos 2008 yang jatuh pada hari Ahad.

Pihak kami juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak.Sebarang masalah sila hubungi Cikgu Miza (03-87397724) Sekian ,terima kasih.

“PASTI FOR ALL ”

Yang menjalankan amanah.
t.t.
------------------------------
(Tn Hj Abd Razak Mohd Latif)
Pengurus Pasti

Monday, August 11, 2008

Assembly

Perhimpunan, pelajar akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu pasti dan diikuti dengan bacaan surah-surah tertentu serta doa-doa. Pelajar juga dilatih mendisiplinkan diri dalam perbarisan dan sentiasa mematuhi arahan guru.


Wednesday, July 23, 2008

Sukaneka Pasti 2008

Sukaneka Pasti 2008, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 20Julai2008 lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Adram Musa, Timbalan ketua pemuda pas Serdang merangkap Exco Pemuda Pas Pusat. Telah empat tahun berturut-turut, sukaneka ini dilaksanakan secara bersama antara pasti As-Syakirin Kajang Utama dengan pasti Ar-Raudhah Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Sukaneka ini melibatkan seramai 128 pelajar, 66 pelajar daripada pasti As-Syakirin dan 62 pelajar daripada pasti Ar-Raudhah. Pengarah program, sdr Azman melahirkan rasa shukur kepada Allah swt kerana dilberikan keadaan cuaca yang amat baik dan program berjalan lancar. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat menjayakan sukaneka tersebut. Semoga sumbangan keringat dan buah fikir yang telah diberikan mendapat ganjaran pahala oleh Allah swt kelak. Sekian.

Gambar-gambar Sukaneka pasti 2008

Monday, July 7, 2008

PELAJAR PASTI 2008

PELAJAR 6 TAHUN

PELAJAR 5 TAHUN

Thursday, May 22, 2008

JAWATANKUASA PASTI 2008

Pengurus: Tn Hj Abd Razak Mohd Latif Tel: 013-3870476
Setiausaha: Khairulmizazi Bt Bon Tel: 019-3886090
Bendahari: Azman Shafii Tel: 013-3631820
Ahli Jawatankuasa:
1. Mohd Sobri bin Abdullah
2. Khairil Anuar Ismail
3. Halimah Mohamed
4. Rosli Yunus
5. Zainuddin Yahya
6. Sanusi Abd Hamid

Guru-guru
1. Khairulmizazi Bt Bon
2. Noraini Ismail
3. Norazlinda

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

Cadangan penubuhan PASTI As-syakirin Kajang Utama telah mulakan pada tahun 2000 atas desakan PAS Kawasan Hulu Langat pada masa itu(sebelum persempadanan semula SPR), iaitu sdr Amir Hamzah Udin dan usaha sdr Ahmad Azizi daripada PAS Cawangan agar penubuhan ini dapat dilaksanakan. Tuan Haji Abd Razak Mohd Latif yang merupakan Ketua Cawangan PAS Kajang Utama pada masa itu dengan ahli jawatankuasanya mengambil tanggungjawab menguruskan Pasti . Pasti mula beroperasi pada tahun 2001 dengan jumlah pelajar 40 orang lebih dan dua orang guru.

Peningkatan pelajar dan keperluan menambahkan guru kepada tiga orang telah dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar. Diatas komitmen guru-guru dan ajk, prestasi Pasti semakin meningkat.

Guru pasti silih berganti, ini kerana guru tersebut mendapat tawaran kerja yang lebih baik dari sudut pendapatan. Maklumlah, pasti tidak mampu untuk memberikan elaun yang tinggi kepada guru-guru. Pada tahun 2006, kehadiran seorang guru yang berpengalaman dan proaktif menampakkan suatu peningkatan dalam semua sudut seperti jumlah pelajar, hubungan antara guru(pasti) dengan ibubapa, kebersihan, penglibatan dalam aktiviti peringkat kawasan dan sebagainya lagi. Jumlah pelajar meningkat ke sekitar 57 orang pada tahun 2006 dan 2007. Pada Tahun ini, 2008 jumlah pelajar pasti seramai 70 orang dengan 3 orang guru dan seorang pembantu. Keadaan kelas tidak dapat lagi menampung kemasukkan pelajar baru.

Sekian