Wednesday, July 15, 2009

Sukan Pasti 2009

Sukan Pasti As-syakirin Kajang Utama tahun ini akan diadakan secara bersama dengan Pasti Taman Jasmin pada 19 Julai 2009 ahad di Padang Awam, Taman Jasmin (rujuk peta). Dijemput semua ibubapa kedua-dua pasti untuk turut sama memeriahkan suasana.
Program sukan ini akan dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi).

Tentatif Program:
7.30 - Kehadiran Ibubapa
8.00 - 9.30 am -> Acara sukan dimulakan
9.30 - 10.30 am -> Lintas Hormat pelajar, Bacaan ikrar, Ucapan Pengarah, ucapan perasmian dan jamuan ringan.
10.30 - 11.45 am -> sambung acara sukan
11.45 - 12.30 tghari -> acara ibubapa
12.30 - 1.00 tghari -> Penyampaian hadiah
1.00 -> Kemas dan kebersihan padang dan bersurai

Taman Jasmin, Kajang

Thursday, July 9, 2009

Lawatan ke Petrosains KLCC

Lawatan Pelajar Pasti ke Petrosains , KLCC pada 02 Julai 2009. Seramai 54 Pelajar, 4 orang Guru dan 3 Ajk turut serta dalam lawatn tersebut.

Slideshow gambar-gambar semasa lawatan.

Tuesday, May 26, 2009


23 Mei 2009 (Sabtu), Lawatan ke rumah Adik Mohd Azam Mohamad (10 tahun) mengalami penyakit tulang reput dan tidak dapat bersekolah di sekolah biasa. Selain beliau, ibunya(ibu tunggal) terpaksa menyara empat orang lagi adik beradik yang lain. Beliau amat memerlukan pekerjaan untuk menyara anak-anaknya disamping belanja rawatan setiap minggu menghantar Adik Mohd Azam ke HUKM. Sesiapa yang ingin membantu, bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Masysarakat ADUN Bangi (03-8925 0891) atau wakil di Kajang Utama(016-6078532) - En. Abu.




23 Mei 2009 (Sabtu), YB Dr Shafie bersama rombongan Pas Cawangan Kajang Utama yang diketuai oleh Hj Abd Razak menziarahi keluarga En. Romli Hj Harun yang mengidapi stroke beberapa bulan yang lalu. Isteri beliau tidak bekerja dan terpaksa menjaga beliau sepenuh masa. Sewa rumah kadang kala tertunggak beberapa bulan, namun bernasib baik kerana tuan rumah perihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga ini. Isteri beliau memberitahu bahawa majikan suaminya tidak mencarumkan KWSP sesama beliau bekerja sebelum ini. Lima daripada sembilan anak beliau masih bersekolah. Pas cawangan bersama Dr Shafie bersimpati dengan masalah yang dihadapi turut menghulurkan sumbangan ikhlas kepada beliau dan keluarga.
Pas Cawangan Kajang Utama mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa yang perihatin. Sumbangan boleh diajukan melalui En Abu (016-6078532) atau En Azman (013-3631820)


Monday, May 18, 2009

PERKEMBANGAN JALAN PINTAS


YB Dr Shafie memgambil kesempatan meninjau pembinaan jalan pintas di bawah laluan keretapi yang telah disiapkan oleh pemaju MRCB.

KEPERIHATINAN YB ADUN BANGI



17 Mei 2009 (Ahad), Lawatan YB Dr Shafie Abu Bakar ke rumah Che Mat di Flat Blok A, Taman Kajang Utama untuk memberi sumbangan bagi membantu membiayai pembelian set kaki palsu. Beliau amat memerlukan kaki palsu setelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis, tambahan pula kedudukan rumahnya yg berada di tingkat 4. Diharapkan dengan sedikit bantuan yang diberikan akan dapat merealisasikan harapan beliau untuk menjalani kehidupan yg lebih baik.

Saturday, May 16, 2009

ZIARAH IBU TUNGGAL


09 Mei 2009 (Sabtu), Muslimat Pas Cawangan Kajang Utama menziarahi Pn Zarina yang baru sahaja kehilangan suami tersayang akibat Kanser. Beliau menetap di M4-1A Tkt 1 Blok M, Jalan TKS 5, Taman Kajang Sentral bersama lima orang anak. Beliau yg sebelum ini berniaga nasi lemak bersama-sama suami, kini terpaksa meneruskan perniagaannya seorang diri.

Thursday, April 16, 2009

Persiapan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring

Pasti Kawasan Serdang akan menganjurkan kejohanan bola sepak dan bola jaring untuk pasti-pasti di dalam kawasan Serdang pada 26 April 2009 masa 7.30pagi hingga 1.00 tengahari. Pemilihan tempat adalah di Padang di sebelah Macdonald PKNS besebelahan tasik Cempaka (tak confirm lagi setakat hari ini). Pasti As-syakirin Kajang Utama telahpun membuat persiapan awal dengan mengadakan beberapa sesi latihan bermula 2 minggu yang lepas. Jurulatih pasukan untuk team bola sepak, Mohamad Sobri akan membuat pemilihan 10 pemain terbaik untuk mewakili pasti ini ke kejohanan tersebut. Bagi bola jaring pula jurulatih pasukan ialah guru sendiri, Puan Hairulmizazi.