Showing posts with label PASTI. Show all posts
Showing posts with label PASTI. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Sambutan Hari Guru

 
Guru Pasti As-Syakirin Kajang Utama Cik Zakiah telah menerima anugerah "GURU HARAPAN" dalam majlis sambutan Hari Guru tahun 2013. Bagi pihak Pengurusan mengucapkan tahniah semoga ianya menjadi peransang dalam meningkatkan lagi kecemerlangan diri. Berasal dari Terengganu dan besar kemungkinan tahun depan akan berpindah ke negeri kelahiran. Semoga pengalaman di Pasti As-Syakirin  dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk kerjaya dimasa hadapan./ Moga masih kekal dalam intitusi Pasti walau dimana jua berada.

Tuesday, January 4, 2011

SESI PERSEKOLAHAN 2011

05 Januari 2011, Hari ketiga persekolahan, kanak-kanak mula membiasakan diri dengan persekitaran baru dunia persekolahan... Namun pada hari ini, saya melihat masih ada 2~3 pelajar masih menangis apabila ditinggalkan oleh ibubapa mereka disekolah. Pada tahun ini, pendaftaran awal menunjukkan tanda-tanda peningkatan pelajar. Dengan itu, pengurusan telah mendapatkan bangunan baru untuk menambahkan kelas. Pasti As-syakirin juga pada tahun ini memulakan perkhidmatan "transit" pelajar pasti dimana selepas waktu persekolahan 8.00-11.30pagi pelajar akan tinggal dipasti sehingga 6.00petang. Pelajar akan diberi pendidikan Iqra', fardu'ain dan sukan.

Pelajar 6 dan 5 tahun diberi tepung berwarna untuk dibuat kuih.

Bangunan baru beralamat No 3 Jalan Seksyen 3/15 Taman Kajang Utama selang satu rumah dari bangunan lama.

Thursday, November 25, 2010

Sukan Pasti Kawasan Serdang 2010

Sekitar Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Kawasan Serdang yang diadakan pada 17 April 2010 di Padang Awam, Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Adik Aidid (dua dari kanan) terpilih untuk mewakili Pasti kawasan Serdang bersama Pasti Ar-raudhah ke perinkat Negeri. Juara Peringkat Negeri, seterusnya mewakili Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan. Alhamdulilah... Selangor Juara Bola Sepak 2010....Tahniah kepada semua yang terlibat...




Monday, January 4, 2010

Persekolahan Sesi 2010 Bermula



04 Januari 2010, Hari pertama anak-anak memulakan persekolahan. Pendaftaran pelajar disini pada tahun ini meningkat lagi. Pelajar pada tahun ini seramai 93 orang berbanding tahun lepas 70 orang. Ibubapa berkeyakinan dan memberi harapan yang tinggi kepada PASTI untuk mendidik anak-anak mereka di peringkat pra-sekolah. Gelagat anak-anak yang menangis di hari pertama persekolahan pun berkurangan.


Thursday, July 9, 2009

Lawatan ke Petrosains KLCC

Lawatan Pelajar Pasti ke Petrosains , KLCC pada 02 Julai 2009. Seramai 54 Pelajar, 4 orang Guru dan 3 Ajk turut serta dalam lawatn tersebut.

Slideshow gambar-gambar semasa lawatan.