Thursday, May 22, 2008

JAWATANKUASA PASTI 2008

Pengurus: Tn Hj Abd Razak Mohd Latif Tel: 013-3870476
Setiausaha: Khairulmizazi Bt Bon Tel: 019-3886090
Bendahari: Azman Shafii Tel: 013-3631820
Ahli Jawatankuasa:
1. Mohd Sobri bin Abdullah
2. Khairil Anuar Ismail
3. Halimah Mohamed
4. Rosli Yunus
5. Zainuddin Yahya
6. Sanusi Abd Hamid

Guru-guru
1. Khairulmizazi Bt Bon
2. Noraini Ismail
3. Norazlinda

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

Cadangan penubuhan PASTI As-syakirin Kajang Utama telah mulakan pada tahun 2000 atas desakan PAS Kawasan Hulu Langat pada masa itu(sebelum persempadanan semula SPR), iaitu sdr Amir Hamzah Udin dan usaha sdr Ahmad Azizi daripada PAS Cawangan agar penubuhan ini dapat dilaksanakan. Tuan Haji Abd Razak Mohd Latif yang merupakan Ketua Cawangan PAS Kajang Utama pada masa itu dengan ahli jawatankuasanya mengambil tanggungjawab menguruskan Pasti . Pasti mula beroperasi pada tahun 2001 dengan jumlah pelajar 40 orang lebih dan dua orang guru.

Peningkatan pelajar dan keperluan menambahkan guru kepada tiga orang telah dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar. Diatas komitmen guru-guru dan ajk, prestasi Pasti semakin meningkat.

Guru pasti silih berganti, ini kerana guru tersebut mendapat tawaran kerja yang lebih baik dari sudut pendapatan. Maklumlah, pasti tidak mampu untuk memberikan elaun yang tinggi kepada guru-guru. Pada tahun 2006, kehadiran seorang guru yang berpengalaman dan proaktif menampakkan suatu peningkatan dalam semua sudut seperti jumlah pelajar, hubungan antara guru(pasti) dengan ibubapa, kebersihan, penglibatan dalam aktiviti peringkat kawasan dan sebagainya lagi. Jumlah pelajar meningkat ke sekitar 57 orang pada tahun 2006 dan 2007. Pada Tahun ini, 2008 jumlah pelajar pasti seramai 70 orang dengan 3 orang guru dan seorang pembantu. Keadaan kelas tidak dapat lagi menampung kemasukkan pelajar baru.

Sekian